Thursday, 7 March 2013

Bab 5 : Man Jadda Wajada

"Man Jadda Wajada!"

Ayat ini kerap digunakan dalam bab kelima novel ini. Namun, ada maksud bermakna yang tersirat di sebaliknya. 'Man Jadda Wajada' bermaksud 'siapa yang bersungguh-sungguh,dia berjaya!'.
Sebenarnya, mantera ajaib berbahasa Arab ini digunakan dalam Pondok Mandani untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajarnya.

Dalam bab ini, pengalaman pertama Alif dalam kelasnya juga diceritakan.

Bab 4 : Kampung di Atas Kabut

Alif,bapanya dan orang lain yang telah ke Pondok Mandani mengikuti "tour" sekolah itu. Bahagian ini membuat saya terkenang akan pengalaman sama yang telah saya alami pada rumah terbuka Sekolah Menengah Xinmin. Saya berasa terpegun akan kebesaran dan keluasan sekolah itu. Lain sungguh daripada bekas sekolah rendah saya. Saya masih ingat betapa terujanya saya untuk belajar di sekolah yang besar dan gah itu.

Setelah itu, Alif juga harus menjalani ujian sebelum dapat masuk. Mujurlah beliau lulus peperiksaan tersebut dan dapat masuk Pondok Mandani.

Friday, 1 March 2013

Bab 3 : Rapat Tikus

Bab ini pula memberi perhatian kepada perjalanan Alif dan bapanya ke Pondok Mandani dengan menaiki bas. Tempoh perjalanan itu adalah 3 hari. Terdapat banyak peristiwa yang terjadi dalam bas itu dalam 3 hari.  Alif mula berasa gelisah dan risau akan sekolah yang akan dia pergi. Dia memikir yang bukan-bukan.

"Bimbang dan ragu bermain di hati. Adakah perjalanan ini keputusan yang paling tepat? Bagaimana jika aku tidak betah di tempat asing? Bagaimana jika pondok itu seperti penjara? Bagaimana jika gambaran Pondok Mandani daripada Pakcik Gindo itu salah? Pertanyaan demi pertanyaan bergumpal-gumpal menyumbat kepalaku."
~Novel Negeri 5 Menara m/s 21

Bapa Alif dan Pak Sutan juga berbual-bual tentang Alif dan Pondok Mandani.

Bab 2 : Keputusan Setengah Hati

Masa zaman kanak-kanak Alif diceritakan dalam bab ini. Bab ini fokus kepada masa Alif mendapat keputusan peperiksaan nasional. Beliau adalah antara 10 pelajar yang meraih keputusan tertinggi di Daerah Agam. Keputusan peperiksaannya adalah tiket bagi mendaftar ke sekolah idamannya, iaitu Sekolah Menengah Atas (SMA) terbaik di Bukit Tinggi. Saya tahu perasaannya kerana saya juga berasa begitu apabila mendapat keputusan PSLE saya. Saya berasa bahawa keputusan PSLE saya itu adalah tiket bagi mendaftar ke sekolah pilihan pertama saya, Sekolah Menengah Xinmin.

Alif berasa gembira kerana dia pasti dia dapat memasuki sekolah idamannya itu. Pada pendapatnya, tiga tahun dia ikuti perintah ibunya belajar di madrasah tsanawiyah, sekarang waktunya dia menjadi seperti orang umumnya, masuk ke sekolah bukan aliran agama, SMA. 

Beberapa hari nanti, ibu Alif berbual bersamanya tentang pilihannya untuk ke SMA. Saya perasan bahawa ibunya keberatan untuk memberitahu anaknya apa yang dia sedang fikirkan. Namun, dia menepikan perasaannya itu dan terus memberitahu anaknya bahawa beliau mahu anak lelakinya menjadi seorang pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas. Seperti yang dijangkakannya, reaksi anaknya adalah beliau tidak bersetuju.

Jika saya anaknya, saya akan memberi reaksi seperti itu juga. Setelah beberapa hari mengurung dirinya di dalam bilik, Alif membuat keputusan untuk ke sekolah agama di Jawa. 

Bab 1 : Pesan dari Masa Silam

Dalam bab pertama novel Negeri 5 Menara, ia tentang hari terakhir Alif di Washington DC. Beliau terkenang akan kehidupannya di sana. Beliau suka dan benci akan musim dingin. Benci kerana perlu membalut diri dengan baju tebal yang berat. Kulit tropikanya juga berubah kering dan gatal di sana sini. Namun, beliau selalu terpesona akan pemandangan bangunan, pohon, taman dan kota diselimuti salju putih berkilat-kilat. Dia terpegun kerana tidak dapat melihat pemandangan secantik itu di kampungnya.


Sedang dia bersiap-siap untuk ke London untuk hal kerja, dia mendapat mesej daripada messenger. Rupa-rupanya, penghantar mesej itu adalah Atang Bandung, kawan lamanya di sekolah. Dia berasa terkejut dan gembira. Terkejut kerana tidak sangka mereka dapat berkembali semula. Gembira kerana dapat berhubungan anatara satu sama lain walaupun sudah lama berpisah. Mereka akan berjumpa di panel forum di London kerana kedua-dua mereka mempunyai hal kerja di situ. Kejadian itu mengingatkan  Alif tentang kehidupannya di Pondok Mandani.