Friday, 1 March 2013

Bab 2 : Keputusan Setengah Hati

Masa zaman kanak-kanak Alif diceritakan dalam bab ini. Bab ini fokus kepada masa Alif mendapat keputusan peperiksaan nasional. Beliau adalah antara 10 pelajar yang meraih keputusan tertinggi di Daerah Agam. Keputusan peperiksaannya adalah tiket bagi mendaftar ke sekolah idamannya, iaitu Sekolah Menengah Atas (SMA) terbaik di Bukit Tinggi. Saya tahu perasaannya kerana saya juga berasa begitu apabila mendapat keputusan PSLE saya. Saya berasa bahawa keputusan PSLE saya itu adalah tiket bagi mendaftar ke sekolah pilihan pertama saya, Sekolah Menengah Xinmin.

Alif berasa gembira kerana dia pasti dia dapat memasuki sekolah idamannya itu. Pada pendapatnya, tiga tahun dia ikuti perintah ibunya belajar di madrasah tsanawiyah, sekarang waktunya dia menjadi seperti orang umumnya, masuk ke sekolah bukan aliran agama, SMA. 

Beberapa hari nanti, ibu Alif berbual bersamanya tentang pilihannya untuk ke SMA. Saya perasan bahawa ibunya keberatan untuk memberitahu anaknya apa yang dia sedang fikirkan. Namun, dia menepikan perasaannya itu dan terus memberitahu anaknya bahawa beliau mahu anak lelakinya menjadi seorang pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas. Seperti yang dijangkakannya, reaksi anaknya adalah beliau tidak bersetuju.

Jika saya anaknya, saya akan memberi reaksi seperti itu juga. Setelah beberapa hari mengurung dirinya di dalam bilik, Alif membuat keputusan untuk ke sekolah agama di Jawa. 

No comments:

Post a Comment