Friday 15 February 2013

Video Kegemaran Saya


Video ini menarik kerana ia menunjukkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan anak-anak muda generasi kini. Saya mengaku bahawa kadangkala, penggunaan bahasa Melayu saya sebegitu. Namun, saya sedang bekerja keras supaya dapat bertutur dalam bahasa ibundaku dengan fasih walaupun secara spontan.

Hari Pertahanan Mutlak

Hari ini Hari Pertahanan Mutlak (HPM). Pagi ini, Naib Pengetua telah memberi ucapan sempena HPM. Semua pelajar ,terutama sekali pelajar Menengah 1, bertindak balas apabila mereka mendapat tahu bahawa mereka hanya dapat makan bubur pada waktu rehat. Namun, sesetengah pelajar lain yang sudah tahu akan tradisi sekolah ini telah pun siap membawa bekal dari rumah kerana tidak mahu memakan bubur itu.

Saya tidak begitu terkejut kerana bekas sekolah rendah juga telah melakukan perkara tersebut. Namun, dahulu, kami makan sweet potatoes dan bukan bubur. Saya pun mencuba bubur dari gerai makan nombor 6. Buburnya seperti bubur biasa yang saya selalu makan. Rasanya hambar. Saya juga tahu bahawa inilah makanan yang dimakan oleh orang zaman dahulu- terutama sekali pada zaman perang. Makanannya mudah sahaja tetapi ia penting supaya kita tidak lapar dan sakit.



Selain daripada "aktiviti" makan bubur itu, kami juga menjalani latihan kebakaran sebagai satu sekolah. Kami sekelas sedang menumpukan perhatian pada guru Inggeris kami apabila loceng kecemasan berbunyi. Kami pun beratur di luar kelas dan mengangkat kaki ke dewan sekolah. Sebenarnya, kami sepatutnya berhimpun di padang tetapi ia berlumpur dan latihan itu akan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Secara kesuluruhannya, inilah pengalaman pertama saya menyambut Hari Pertahanan Mutlak bersama Sekolah Menengah Xinmin. :)

Tuesday 12 February 2013

Selasa, 12/2/2013

Saya tidak melakukan apa-apa menarik pada hari itu. Saya hanya membuat kerja sekolah saya dan berbual dengan teman rapat saya di Whatsapp.

Monday 11 February 2013

Isnin, 11/2/2013

Pada petang Isnin, saya menonton sebuah filem tempatan yang berjudul "Ah Boys To Men". Jalan ceritanya seronok dan terdapat unsur-unsur kelakar. Saya tidak sabar untuk menonton filem sambungannya yang sedang ditayangkan di pawagam.

Sunday 10 February 2013

Ahad, 10/2/2013

Tidak ada perkara menarik yang dilakukan saya pada hari Ahad itu. Saya hanya menonton Mission Impossible Ghost Protocol di televisyen. Saya juga membuat sebahagian daripada kerja sekolah saya.


Saturday 9 February 2013

Sabtu, 9/2/2013

Pada hari Sabtu, saya telah ke rumah nenek saya untuk menolong makcik saya membuat Kek Marble. Membuat Kek Marble itu memakan masa hampir 2 jam kerana kita juga harus meletakkannya di dalam ketuhar.

Kek Marble yang sudah siap
Kek Marble yang telah makcik saya buat sungguh enak. Kek itu habis dimakan kami sekeluarga dalam tempoh dua hari.

Friday 8 February 2013

Jumaat, 8/2/2013

Pagi tadi, Sekolah Menengah Xinmin telah menganjurkan konsert sempena Tahun Baru Cina. Terdapat persembahan Guzheng dan juga Tarian Cina di konsert itu. Selain menonton konsert, kami juga melakukan Community Involvement Project (CIP). Kami ditugaskan untuk ke blok 662 untuk mengumpul barang-barang terpakai yang diberi oleh penduduk-penduduk blok itu. Terdapat banyak barang yang kami kumpulkan-antaranya surat khabar lama, buku cerita terpakai, buku aktiviti, majalah dan lain lain lagi. Ada juga penduduk yang memberi kami permainan lembut dan juga baju-baju yang masih baharu lagi. Walaupun manik-manik kecil membasahi dahiku dek kepanasan, saya berasa puas kerana kami telah mengumpul banyak barang. Duit yang diperolehi oleh jualan barang-barang terpakai itu juga akan digunakan untuk amal.

Selepas menghabiskan kira-kira 4 jam menyambut Tahun Baru Cina pertama saya dalam sekolah menengah, saya dan kawan saya yang lain menaiki bas untuk ke bekas sekolah rendah kami, iaitu Sekolah Rendah Punggol. Terdapat ramai orang di sana apabila kami tiba. Saya berasa terharu kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan saya setelah beberapa bulan tidak berjumpa. Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan bekas guru-guru saya termasuk Mr Khamil (guru Matematik P6),Cikgu Suhana,Cikgu Norwati,Cikgu Fauziah dan juga Miss Neo (guru p1 & p2).

Saya sempat memetik beberapa gambar bersama kawan rapat saya.


Firzanah dan Dina, rakan saya sejak tadika lagi.

Teman rapatku, Nuha

Nuha dan Hilary. Mereka dari Sekolah Menengah Perempuan Cedar. :)
 
 
Setelah meluangkan beberapa jam bersama mereka, kami menjamu selera di Long John Silvers. Selepas itu, kami pun mengucapkan selamat tinggal dan pulang. Saya berharap kami dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama-sama lagi. Sudah pasti saya akan rindukan mereka. Itu lah perkara-perkara yang terjadi hari ini.

Sekian terima kasih. :)

Saturday 2 February 2013

Peraduan Pesona Pantun 2013

Walaupun saya berpengalaman menulis pantun, saya masih belum pandai mengarangnya.

Pantun 1:
Sorong papan tarik papan,
Lain orang lain hatinya,
Jika anda keraguan,
Usahlah malu untuk bertanya.


Pantun 2:
Orang berbudi kita berbahasa,
Tidak baik kita lokek,
Janganlah cepat berputus asa,
Kejayaan tidak datang bergolek.


Pantun 3:
Bunga melati bunga cempaka,
Dipakai disanggul si anak dara,
Jikalau kita berbudi bahasa
Tentu orang akan gembira

Friday 1 February 2013

Kegiatan Kokurikular Saya di Sekolah Menengah

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah dipilih untuk menyertai St John's Ambulance Brigade, pilihan terakhir saya. Saya tidak pernah terfikir untuk menyertai kegiatan kokurikular itu. Orang kata, saya dapat mempelajari tentang First Aid dan bagaimana untuk merawat orang yang cedera. Sebenarnya, sukar untuk saya membuat pilihan kegiatan kokurikular kerana tiada banyak kegiatan kokurikular di Sekolah Menengah Xinmin yang menarik. Jika ada kegiatan kokurikular Tarian Melayu, Tarian Moden, 'golf' ataupun 'archery',sudah pasti saya akan memilih untuk menyertai kegiatan kokurikular tersebut. Malangnya, sekolah menengah saya ini tiada kegiatan kokurikular yang menarik dan yang saya suka. Pada minggu pertama sekolah, sebenarnya saya telah memilih untuk menyertai badminton tetapi saya tidak lulus uji bakatnya. Walaubagaimanapun, saya berharap kegiatan kokurikular St John's Ambulance Brigade menarik dan tidak membosankan.