Friday, 1 February 2013

Kegiatan Kokurikular Saya di Sekolah Menengah

Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah dipilih untuk menyertai St John's Ambulance Brigade, pilihan terakhir saya. Saya tidak pernah terfikir untuk menyertai kegiatan kokurikular itu. Orang kata, saya dapat mempelajari tentang First Aid dan bagaimana untuk merawat orang yang cedera. Sebenarnya, sukar untuk saya membuat pilihan kegiatan kokurikular kerana tiada banyak kegiatan kokurikular di Sekolah Menengah Xinmin yang menarik. Jika ada kegiatan kokurikular Tarian Melayu, Tarian Moden, 'golf' ataupun 'archery',sudah pasti saya akan memilih untuk menyertai kegiatan kokurikular tersebut. Malangnya, sekolah menengah saya ini tiada kegiatan kokurikular yang menarik dan yang saya suka. Pada minggu pertama sekolah, sebenarnya saya telah memilih untuk menyertai badminton tetapi saya tidak lulus uji bakatnya. Walaubagaimanapun, saya berharap kegiatan kokurikular St John's Ambulance Brigade menarik dan tidak membosankan.

No comments:

Post a Comment