Semalam, saya telah diajarkan tentang Watak dan Perwatakan.
Karangan Naratif : Buatkan tiga watak dan kembangkan perwatakannya:
1) Nuha - Seorang rakan saya di kelas Bahasa Melayu bernama Nuha. Dia seorang pelajar yang rajin dan pandai. Dia selalu mengulangkaji pelajarannya setiap hari. Apabila rakan-rakannya yang lain mempunyai kesukaran untuk menghabiskan kerja sekolahnya, Nuha akan menolong dan mengajar mereka. Dia selalu meraih markah yang cemerlang untuk peperiksaan walaupun dia tidak ada sebarang kelas tuisyen. Walaupun dia sering pelajar terbaik dalam kelasnya, dia tidak pernah pun sombong. Dia juga menolong sesiapa yang memerlukan dengan putih hati.
2) Ibu - Ibu saya bernama Junainah. Beliau seorang ibu yang penyayang dan pandai memasak. Masakannya enak-enak belaka. Dia selalu memasak untuk kami sekeluarga setiap hari. Ibu saya juga sering bertanyakan tentang saya. Dia akan tanya bagaimana keaadan di sekolah walaupun dia tidak dapat menolong saya melakukan kerja sekolah.
3) Puan Wong - Guru Bahasa Inggeris saya semasa saya berada dalam Darjah 6 adalah Puan Wong. Dia seorang guru yang baik dan dia selalu meriangkan suasana dengan cara dia mengajar. Dia sering senyum dan jarang marah. Namun, apabila murid-muridnya tidak menghantarkan kerja sekolahnya, dia akan memarahi mereka. Jika semua murid-murid menghantar kerja sekolah dalam masa yang ditentukan, beliau akan memuji mereka.
Baik perlukisan watak awak Atiqah.. saya suka. Teruskan menulis ya. ;-)
ReplyDelete