Tuesday 15 January 2013

Hari Pertama Saya Di Sekolah Menengah Xinmin

Seawal jam tujuh pagi saya sudah berada di sekolah baharu saya, Sekolah Menengah Xinmin. Terdapat ramai murid-murid di sana. Sebilangan daripada murid-murid itu adalah pelajar-pelajar Menengah 1 seperti saya. Jelas kelihatan perasaan gementar terpapar di muka mereka. Saya cuba mencari teman-teman lama sewaktu di sekolah rendah tetapi tiada seorang pun yang saya temui. Bayangkanlah perasaan saya ketika itu. Pelajar-pelajar yang lain masing-masing mempunyai teman untuk berbual. Walaupun Sekolah Menengah Xinmin adalah pilihan pertama saya, amat susah untuk saya menyesuaikan diri di sekolah menengah saya itu.

Saya berasa sedih dan kesunyian. Saya mula teringat akan teman-teman lama di sekolah rendah. Maklumlah, kita sudah lama berkawan. Sukar untuk saya melupakan teman-teman semua. Namun, saya memlilih untuk berfikiran positif dan meneruskan perjalanan saya di Sekolah Menengah Xinmin.

8 comments:

  1. eh, jangan risau. Mesti kamu boleh mendapat lebih ramai kawan di Xinmin. (:

    ReplyDelete
  2. Saya rasa tiada masalah untuk awak menyesuaikan diri di sini, kerana selama beberapa hari saya perhatikan awak mempunyai ciri-ciri pelajar Xinmin, iaitu, mudah tersenyum, suka mendengar, senang mengikut arahan dan paling penting, berfikiran positif.. biasalah pada awalnya memang janggal, nanti lama- lama pasti berubah.. jangan terlalu kecoh sudahlah ya.. :-)

    ReplyDelete
  3. Semua orang akan berasa begitu.. Saya tahu awak pasti akan gembira di sini :)

    ReplyDelete
  4. Jangan berasa sedih. Saya pasti kamu akan mempunyai kawan-kawan yang baik.

    ReplyDelete
  5. Biasalah, hari pertama sekolahlah katakan...

    ReplyDelete
  6. Saya juga rindu kawan sekolah rendah saya.

    ReplyDelete
  7. Saya juga ada kesukaran untuk mencari kawan-kawan baharu.

    ReplyDelete
  8. Biasa untuk rindukan kawan-kawan sekolah rendah kerana sudah lama berkawan. Dalam 4 tahun ini, kamu akan membuat lebih kawan-kawan

    ReplyDelete