Hari ini Hari Pertahanan Mutlak (HPM). Pagi ini, Naib Pengetua telah memberi ucapan sempena HPM. Semua pelajar ,terutama sekali pelajar Menengah 1, bertindak balas apabila mereka mendapat tahu bahawa mereka hanya dapat makan bubur pada waktu rehat. Namun, sesetengah pelajar lain yang sudah tahu akan tradisi sekolah ini telah pun siap membawa bekal dari rumah kerana tidak mahu memakan bubur itu.
Saya tidak begitu terkejut kerana bekas sekolah rendah juga telah melakukan perkara tersebut. Namun, dahulu, kami makan sweet potatoes dan bukan bubur. Saya pun mencuba bubur dari gerai makan nombor 6. Buburnya seperti bubur biasa yang saya selalu makan. Rasanya hambar. Saya juga tahu bahawa inilah makanan yang dimakan oleh orang zaman dahulu- terutama sekali pada zaman perang. Makanannya mudah sahaja tetapi ia penting supaya kita tidak lapar dan sakit.
Selain daripada "aktiviti" makan bubur itu, kami juga menjalani latihan kebakaran sebagai satu sekolah. Kami sekelas sedang menumpukan perhatian pada guru Inggeris kami apabila loceng kecemasan berbunyi. Kami pun beratur di luar kelas dan mengangkat kaki ke dewan sekolah. Sebenarnya, kami sepatutnya berhimpun di padang tetapi ia berlumpur dan latihan itu akan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Secara kesuluruhannya, inilah pengalaman pertama saya menyambut Hari Pertahanan Mutlak bersama Sekolah Menengah Xinmin. :)
No comments:
Post a Comment