Pagi tadi, Sekolah Menengah Xinmin telah menganjurkan konsert sempena Tahun Baru Cina. Terdapat persembahan Guzheng dan juga Tarian Cina di konsert itu. Selain menonton konsert, kami juga melakukan Community Involvement Project (CIP). Kami ditugaskan untuk ke blok 662 untuk mengumpul barang-barang terpakai yang diberi oleh penduduk-penduduk blok itu. Terdapat banyak barang yang kami kumpulkan-antaranya surat khabar lama, buku cerita terpakai, buku aktiviti, majalah dan lain lain lagi. Ada juga penduduk yang memberi kami permainan lembut dan juga baju-baju yang masih baharu lagi. Walaupun manik-manik kecil membasahi dahiku dek kepanasan, saya berasa puas kerana kami telah mengumpul banyak barang. Duit yang diperolehi oleh jualan barang-barang terpakai itu juga akan digunakan untuk amal.
Selepas menghabiskan kira-kira 4 jam menyambut Tahun Baru Cina pertama saya dalam sekolah menengah, saya dan kawan saya yang lain menaiki bas untuk ke bekas sekolah rendah kami, iaitu Sekolah Rendah Punggol. Terdapat ramai orang di sana apabila kami tiba. Saya berasa terharu kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan saya setelah beberapa bulan tidak berjumpa. Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan bekas guru-guru saya termasuk Mr Khamil (guru Matematik P6),Cikgu Suhana,Cikgu Norwati,Cikgu Fauziah dan juga Miss Neo (guru p1 & p2).
Saya sempat memetik beberapa gambar bersama kawan rapat saya.
|
Firzanah dan Dina, rakan saya sejak tadika lagi. |
|
Teman rapatku, Nuha |
|
Nuha dan Hilary. Mereka dari Sekolah Menengah Perempuan Cedar. :) |
Setelah meluangkan beberapa jam bersama mereka, kami menjamu selera di Long John Silvers. Selepas itu, kami pun mengucapkan selamat tinggal dan pulang. Saya berharap kami dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama-sama lagi. Sudah pasti saya akan rindukan mereka. Itu lah perkara-perkara yang terjadi hari ini.
Sekian terima kasih. :)
No comments:
Post a Comment