Ini adalah peperiksaan pertengahan tahun pertama saya di mana saya diuji untuk 7 mata pelajaran. Ia agak mencabar bagi saya untuk mengulang kaji untuk kesemua mata pelajaran kerana saya sudah biasa diuji dengan 5 subjek.
Walaupun saya tidak begitu gembira dengan keputusan peperiksaan saya, saya akan mencuba dengan lebih baik bagi peperiksaan yang akan datang. Saya mahu meraih sekurang-kurangnya A2 bagi semua subjek pada peperiksaan akhir tahun. Saya harus memperbaiki subjek Home Economics dan juga Matematik.
Thursday, 23 May 2013
Thursday, 7 March 2013
Bab 5 : Man Jadda Wajada
"Man Jadda Wajada!"
Ayat ini kerap digunakan dalam bab kelima novel ini. Namun, ada maksud bermakna yang tersirat di sebaliknya. 'Man Jadda Wajada' bermaksud 'siapa yang bersungguh-sungguh,dia berjaya!'.
Sebenarnya, mantera ajaib berbahasa Arab ini digunakan dalam Pondok Mandani untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajarnya.
Dalam bab ini, pengalaman pertama Alif dalam kelasnya juga diceritakan.

Bab 4 : Kampung di Atas Kabut
Alif,bapanya dan orang lain yang telah ke Pondok Mandani mengikuti "tour" sekolah itu. Bahagian ini membuat saya terkenang akan pengalaman sama yang telah saya alami pada rumah terbuka Sekolah Menengah Xinmin. Saya berasa terpegun akan kebesaran dan keluasan sekolah itu. Lain sungguh daripada bekas sekolah rendah saya. Saya masih ingat betapa terujanya saya untuk belajar di sekolah yang besar dan gah itu.
Setelah itu, Alif juga harus menjalani ujian sebelum dapat masuk. Mujurlah beliau lulus peperiksaan tersebut dan dapat masuk Pondok Mandani.
Setelah itu, Alif juga harus menjalani ujian sebelum dapat masuk. Mujurlah beliau lulus peperiksaan tersebut dan dapat masuk Pondok Mandani.
Friday, 1 March 2013
Bab 3 : Rapat Tikus
Bab ini pula memberi perhatian kepada perjalanan Alif dan bapanya ke Pondok Mandani dengan menaiki bas. Tempoh perjalanan itu adalah 3 hari. Terdapat banyak peristiwa yang terjadi dalam bas itu dalam 3 hari. Alif mula berasa gelisah dan risau akan sekolah yang akan dia pergi. Dia memikir yang bukan-bukan.
"Bimbang dan ragu bermain di hati. Adakah perjalanan ini keputusan yang paling tepat? Bagaimana jika aku tidak betah di tempat asing? Bagaimana jika pondok itu seperti penjara? Bagaimana jika gambaran Pondok Mandani daripada Pakcik Gindo itu salah? Pertanyaan demi pertanyaan bergumpal-gumpal menyumbat kepalaku."
~Novel Negeri 5 Menara m/s 21
Bapa Alif dan Pak Sutan juga berbual-bual tentang Alif dan Pondok Mandani.

Bab 2 : Keputusan Setengah Hati
Masa zaman kanak-kanak Alif diceritakan dalam bab ini. Bab ini fokus kepada masa Alif mendapat keputusan peperiksaan nasional. Beliau adalah antara 10 pelajar yang meraih keputusan tertinggi di Daerah Agam. Keputusan peperiksaannya adalah tiket bagi mendaftar ke sekolah idamannya, iaitu Sekolah Menengah Atas (SMA) terbaik di Bukit Tinggi. Saya tahu perasaannya kerana saya juga berasa begitu apabila mendapat keputusan PSLE saya. Saya berasa bahawa keputusan PSLE saya itu adalah tiket bagi mendaftar ke sekolah pilihan pertama saya, Sekolah Menengah Xinmin.
Alif berasa gembira kerana dia pasti dia dapat memasuki sekolah idamannya itu. Pada pendapatnya, tiga tahun dia ikuti perintah ibunya belajar di madrasah tsanawiyah, sekarang waktunya dia menjadi seperti orang umumnya, masuk ke sekolah bukan aliran agama, SMA.
Beberapa hari nanti, ibu Alif berbual bersamanya tentang pilihannya untuk ke SMA. Saya perasan bahawa ibunya keberatan untuk memberitahu anaknya apa yang dia sedang fikirkan. Namun, dia menepikan perasaannya itu dan terus memberitahu anaknya bahawa beliau mahu anak lelakinya menjadi seorang pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas. Seperti yang dijangkakannya, reaksi anaknya adalah beliau tidak bersetuju.
Jika saya anaknya, saya akan memberi reaksi seperti itu juga. Setelah beberapa hari mengurung dirinya di dalam bilik, Alif membuat keputusan untuk ke sekolah agama di Jawa.
Bab 1 : Pesan dari Masa Silam
Dalam bab pertama novel Negeri 5 Menara, ia tentang hari terakhir Alif di Washington DC. Beliau terkenang akan kehidupannya di sana. Beliau suka dan benci akan musim dingin. Benci kerana perlu membalut diri dengan baju tebal yang berat. Kulit tropikanya juga berubah kering dan gatal di sana sini. Namun, beliau selalu terpesona akan pemandangan bangunan, pohon, taman dan kota diselimuti salju putih berkilat-kilat. Dia terpegun kerana tidak dapat melihat pemandangan secantik itu di kampungnya.
Sedang dia bersiap-siap untuk ke London untuk hal kerja, dia mendapat mesej daripada messenger. Rupa-rupanya, penghantar mesej itu adalah Atang Bandung, kawan lamanya di sekolah. Dia berasa terkejut dan gembira. Terkejut kerana tidak sangka mereka dapat berkembali semula. Gembira kerana dapat berhubungan anatara satu sama lain walaupun sudah lama berpisah. Mereka akan berjumpa di panel forum di London kerana kedua-dua mereka mempunyai hal kerja di situ. Kejadian itu mengingatkan Alif tentang kehidupannya di Pondok Mandani.

Friday, 15 February 2013
Video Kegemaran Saya
Video ini menarik kerana ia menunjukkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan anak-anak muda generasi kini. Saya mengaku bahawa kadangkala, penggunaan bahasa Melayu saya sebegitu. Namun, saya sedang bekerja keras supaya dapat bertutur dalam bahasa ibundaku dengan fasih walaupun secara spontan.
Hari Pertahanan Mutlak
Hari ini Hari Pertahanan Mutlak (HPM). Pagi ini, Naib Pengetua telah memberi ucapan sempena HPM. Semua pelajar ,terutama sekali pelajar Menengah 1, bertindak balas apabila mereka mendapat tahu bahawa mereka hanya dapat makan bubur pada waktu rehat. Namun, sesetengah pelajar lain yang sudah tahu akan tradisi sekolah ini telah pun siap membawa bekal dari rumah kerana tidak mahu memakan bubur itu.
Saya tidak begitu terkejut kerana bekas sekolah rendah juga telah melakukan perkara tersebut. Namun, dahulu, kami makan sweet potatoes dan bukan bubur. Saya pun mencuba bubur dari gerai makan nombor 6. Buburnya seperti bubur biasa yang saya selalu makan. Rasanya hambar. Saya juga tahu bahawa inilah makanan yang dimakan oleh orang zaman dahulu- terutama sekali pada zaman perang. Makanannya mudah sahaja tetapi ia penting supaya kita tidak lapar dan sakit.
Selain daripada "aktiviti" makan bubur itu, kami juga menjalani latihan kebakaran sebagai satu sekolah. Kami sekelas sedang menumpukan perhatian pada guru Inggeris kami apabila loceng kecemasan berbunyi. Kami pun beratur di luar kelas dan mengangkat kaki ke dewan sekolah. Sebenarnya, kami sepatutnya berhimpun di padang tetapi ia berlumpur dan latihan itu akan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Secara kesuluruhannya, inilah pengalaman pertama saya menyambut Hari Pertahanan Mutlak bersama Sekolah Menengah Xinmin. :)

Tuesday, 12 February 2013
Selasa, 12/2/2013
Saya tidak melakukan apa-apa menarik pada hari itu. Saya hanya membuat kerja sekolah saya dan berbual dengan teman rapat saya di Whatsapp.
Monday, 11 February 2013
Isnin, 11/2/2013
Pada petang Isnin, saya menonton sebuah filem tempatan yang berjudul "Ah Boys To Men". Jalan ceritanya seronok dan terdapat unsur-unsur kelakar. Saya tidak sabar untuk menonton filem sambungannya yang sedang ditayangkan di pawagam.
Sunday, 10 February 2013
Ahad, 10/2/2013
Tidak ada perkara menarik yang dilakukan saya pada hari Ahad itu. Saya hanya menonton Mission Impossible Ghost Protocol di televisyen. Saya juga membuat sebahagian daripada kerja sekolah saya.
Saturday, 9 February 2013
Sabtu, 9/2/2013
Pada hari Sabtu, saya telah ke rumah nenek saya untuk menolong makcik saya membuat Kek Marble. Membuat Kek Marble itu memakan masa hampir 2 jam kerana kita juga harus meletakkannya di dalam ketuhar.
Kek Marble yang telah makcik saya buat sungguh enak. Kek itu habis dimakan kami sekeluarga dalam tempoh dua hari.
Kek Marble yang sudah siap |
Friday, 8 February 2013
Jumaat, 8/2/2013
Pagi tadi, Sekolah Menengah Xinmin telah menganjurkan konsert sempena Tahun Baru Cina. Terdapat persembahan Guzheng dan juga Tarian Cina di konsert itu. Selain menonton konsert, kami juga melakukan Community Involvement Project (CIP). Kami ditugaskan untuk ke blok 662 untuk mengumpul barang-barang terpakai yang diberi oleh penduduk-penduduk blok itu. Terdapat banyak barang yang kami kumpulkan-antaranya surat khabar lama, buku cerita terpakai, buku aktiviti, majalah dan lain lain lagi. Ada juga penduduk yang memberi kami permainan lembut dan juga baju-baju yang masih baharu lagi. Walaupun manik-manik kecil membasahi dahiku dek kepanasan, saya berasa puas kerana kami telah mengumpul banyak barang. Duit yang diperolehi oleh jualan barang-barang terpakai itu juga akan digunakan untuk amal.
Selepas menghabiskan kira-kira 4 jam menyambut Tahun Baru Cina pertama saya dalam sekolah menengah, saya dan kawan saya yang lain menaiki bas untuk ke bekas sekolah rendah kami, iaitu Sekolah Rendah Punggol. Terdapat ramai orang di sana apabila kami tiba. Saya berasa terharu kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan saya setelah beberapa bulan tidak berjumpa. Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan bekas guru-guru saya termasuk Mr Khamil (guru Matematik P6),Cikgu Suhana,Cikgu Norwati,Cikgu Fauziah dan juga Miss Neo (guru p1 & p2).
Saya sempat memetik beberapa gambar bersama kawan rapat saya.
Setelah meluangkan beberapa jam bersama mereka, kami menjamu selera di Long John Silvers. Selepas itu, kami pun mengucapkan selamat tinggal dan pulang. Saya berharap kami dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama-sama lagi. Sudah pasti saya akan rindukan mereka. Itu lah perkara-perkara yang terjadi hari ini.
Sekian terima kasih. :)
Selepas menghabiskan kira-kira 4 jam menyambut Tahun Baru Cina pertama saya dalam sekolah menengah, saya dan kawan saya yang lain menaiki bas untuk ke bekas sekolah rendah kami, iaitu Sekolah Rendah Punggol. Terdapat ramai orang di sana apabila kami tiba. Saya berasa terharu kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan saya setelah beberapa bulan tidak berjumpa. Saya juga berpeluang untuk berjumpa dengan bekas guru-guru saya termasuk Mr Khamil (guru Matematik P6),Cikgu Suhana,Cikgu Norwati,Cikgu Fauziah dan juga Miss Neo (guru p1 & p2).
Saya sempat memetik beberapa gambar bersama kawan rapat saya.
Firzanah dan Dina, rakan saya sejak tadika lagi. |
Teman rapatku, Nuha |
Nuha dan Hilary. Mereka dari Sekolah Menengah Perempuan Cedar. :) |
Sekian terima kasih. :)
Saturday, 2 February 2013
Peraduan Pesona Pantun 2013
Walaupun saya berpengalaman menulis pantun, saya masih belum pandai mengarangnya.
Pantun 1:
Sorong papan tarik papan,
Lain orang lain hatinya,
Jika anda keraguan,
Usahlah malu untuk bertanya.
Pantun 2:
Orang berbudi kita berbahasa,
Tidak baik kita lokek,
Janganlah cepat berputus asa,
Kejayaan tidak datang bergolek.
Pantun 3:
Bunga melati bunga cempaka,
Dipakai disanggul si anak dara,
Jikalau kita berbudi bahasa
Tentu orang akan gembira
Pantun 1:
Sorong papan tarik papan,
Lain orang lain hatinya,
Jika anda keraguan,
Usahlah malu untuk bertanya.
Pantun 2:
Orang berbudi kita berbahasa,
Tidak baik kita lokek,
Janganlah cepat berputus asa,
Kejayaan tidak datang bergolek.
Pantun 3:
Bunga melati bunga cempaka,
Dipakai disanggul si anak dara,
Jikalau kita berbudi bahasa
Tentu orang akan gembira
Friday, 1 February 2013
Kegiatan Kokurikular Saya di Sekolah Menengah
Pada hari Jumaat yang lepas, saya telah dipilih untuk menyertai St John's Ambulance Brigade, pilihan terakhir saya. Saya tidak pernah terfikir untuk menyertai kegiatan kokurikular itu. Orang kata, saya dapat mempelajari tentang First Aid dan bagaimana untuk merawat orang yang cedera. Sebenarnya, sukar untuk saya membuat pilihan kegiatan kokurikular kerana tiada banyak kegiatan kokurikular di Sekolah Menengah Xinmin yang menarik. Jika ada kegiatan kokurikular Tarian Melayu, Tarian Moden, 'golf' ataupun 'archery',sudah pasti saya akan memilih untuk menyertai kegiatan kokurikular tersebut. Malangnya, sekolah menengah saya ini tiada kegiatan kokurikular yang menarik dan yang saya suka. Pada minggu pertama sekolah, sebenarnya saya telah memilih untuk menyertai badminton tetapi saya tidak lulus uji bakatnya. Walaubagaimanapun, saya berharap kegiatan kokurikular St John's Ambulance Brigade menarik dan tidak membosankan.
Sunday, 27 January 2013
Watak dan Perwatakan
Semalam, saya telah diajarkan tentang Watak dan Perwatakan.
Karangan Naratif : Buatkan tiga watak dan kembangkan perwatakannya:
1) Nuha - Seorang rakan saya di kelas Bahasa Melayu bernama Nuha. Dia seorang pelajar yang rajin dan pandai. Dia selalu mengulangkaji pelajarannya setiap hari. Apabila rakan-rakannya yang lain mempunyai kesukaran untuk menghabiskan kerja sekolahnya, Nuha akan menolong dan mengajar mereka. Dia selalu meraih markah yang cemerlang untuk peperiksaan walaupun dia tidak ada sebarang kelas tuisyen. Walaupun dia sering pelajar terbaik dalam kelasnya, dia tidak pernah pun sombong. Dia juga menolong sesiapa yang memerlukan dengan putih hati.
2) Ibu - Ibu saya bernama Junainah. Beliau seorang ibu yang penyayang dan pandai memasak. Masakannya enak-enak belaka. Dia selalu memasak untuk kami sekeluarga setiap hari. Ibu saya juga sering bertanyakan tentang saya. Dia akan tanya bagaimana keaadan di sekolah walaupun dia tidak dapat menolong saya melakukan kerja sekolah.
3) Puan Wong - Guru Bahasa Inggeris saya semasa saya berada dalam Darjah 6 adalah Puan Wong. Dia seorang guru yang baik dan dia selalu meriangkan suasana dengan cara dia mengajar. Dia sering senyum dan jarang marah. Namun, apabila murid-muridnya tidak menghantarkan kerja sekolahnya, dia akan memarahi mereka. Jika semua murid-murid menghantar kerja sekolah dalam masa yang ditentukan, beliau akan memuji mereka.

Tuesday, 15 January 2013
Hari Pertama Saya Di Sekolah Menengah Xinmin
Seawal jam tujuh pagi saya sudah berada di sekolah baharu saya, Sekolah Menengah Xinmin. Terdapat ramai murid-murid di sana. Sebilangan daripada murid-murid itu adalah pelajar-pelajar Menengah 1 seperti saya. Jelas kelihatan perasaan gementar terpapar di muka mereka. Saya cuba mencari teman-teman lama sewaktu di sekolah rendah tetapi tiada seorang pun yang saya temui. Bayangkanlah perasaan saya ketika itu. Pelajar-pelajar yang lain masing-masing mempunyai teman untuk berbual. Walaupun Sekolah Menengah Xinmin adalah pilihan pertama saya, amat susah untuk saya menyesuaikan diri di sekolah menengah saya itu.
Saya berasa sedih dan kesunyian. Saya mula teringat akan teman-teman lama di sekolah rendah. Maklumlah, kita sudah lama berkawan. Sukar untuk saya melupakan teman-teman semua. Namun, saya memlilih untuk berfikiran positif dan meneruskan perjalanan saya di Sekolah Menengah Xinmin.

Subscribe to:
Posts (Atom)